Saturday 22 March 2014

Erti Hidup

Sukar untuk kita bangkit saat menghadapi ujian yang berat dalam hidup kita..
Seringkali kita terlupa bahawa setiap ujian yang didatangkan kepada kita itu adalah untuk menguji kita, dan tidak sesekali ujian itu didatangkan mengatasi kemampuan kita..
Jika berat dan dan hampir rebah, ingatlah bahawa masih ada Allah SWT meskipun kau merasakan semua orang menjauhi kamu..

Hidup ini indah, mudah dan bahagia..
Hanya kita yang menyukarkan setiap perjalanan hidup kita..
Mengapa harus begitu? Jalani hidup ini dengan sederhana..
Kerana suatu saat nanti jika kita hampir terjatuh sekalipun kita masih mampu bangkit berdiri dan meneruskan perjalanan..

Hidup ini tidak hanya melingkari diri kita sahaja..
Ada keluarga, sahabat, teman sepermainan, teman seperjuangan, guru-guru dan yang paling penting kita masih punya pegangan agama..
Dari situ, kita mampu mengukur sejauh mana kekuatan kita menghadapi segala rintangan yang mendatangi kita..

Belajar untuk menghargai kemudian barulah mencintai..
Jangan mulai menghargai setelah mencintai...
Jodoh kita telah ditentukan sejak azali..
Tinggal masa yang menentukan cepat atau lambat kita dipertemukan..

Selama ini, jika kita merasakan bahawa si dia adalah yang terbaik buat kamu, berterima kasihlah pada mereka..Kerana, tanpa mereka kita tidak akan bisa belajar erti kehidupan..
Ucapkan terima kaish pada mereka kerana telah sudi meninggalkan jejak di dalam hidup kita dan memberi kita ruang untuk belajar dari kesilapan yang mereka lakukan..

Hidup ini indah, janganlah disukarkan..

-Nurul Tulang-

Sunday 26 May 2013

Setahun Jagung

Setahun sudah berlalu.......Sungguh tidak ku sangka hubungan ini akan menjangkau usia 365 hari........Aku bahagia disamping si dia yang amat aku cintai.....Walaupun hubungan ini turun naik seperti graf selama beberapa bulan ini, namun itu tidak sesekali menghalang kami untuk terus mencintai satu sama lain.....Aku tahu aku diterima seadanya dalam hidup dia.....Begitu juga aku menerima baik buruknya si dia dalam kehidupan aku....

Tinggal seminggu sahaja lagi aku akan menjalani latihan praktikal nun jauh di Klang......7 bulan merupakan satu tempoh yang bukan sekejap.....Setelah selesai latihan praktikal, aku akan tamat pengajian.....Tidak sabar rasanya.....

Hari ini, genap 2 tahun usia anak angkat aku.......Makin matang, makin nakal, makin comel, makin handsome, dan macam-macam makinnya......Huhuhuhu......Aku bahagia, gembira bila adanya anak angkat ku, bakal suami ku, dan keluarga yang tercinta......Tanpa mereka, siapalah aku......

Kasih sayang ku tumpah hanya pada mereka.......I Love You ! !

Thursday 3 May 2012

Ada Bayangmu

5 hari berlalu sejak peristiwa pahit menguji hati aku..........Kini aku menjalani kehidupan dengan bertemankan bayi comel aku...........Tersenyum meski pun saban malam aku menangisi kerinduan yang bertandang dihatiku.........Entahlah, kadang-kala aku merasakan aku tidak sekuat itu untuk menghadapi kata-kata mu itu.....

Subuh pagi tadi aku termimpi si dia yang telah menjadi sejarah dalam hidup aku..........Lelaki yang sangat aku benci kerana telah menduakan aku..........Mestikah dia hadir menggugat tidur aku yang tidak lena??? Mengejar aku yang telah membuang dia dari diari hidup aku lama dulu.........Aku benci dia, aku tidak mahu melihat dia...........Pergilah kau jauh dari hidup aku............Sesungguhnya, aku sedang bahagia dengan kehidupan aku sekarang, meski Prince Zulkarnain aku jauh dimata...........Namun hanya dia kini yang bertakhta dihatiku, untuk selamanya.............

Sayang, tiap-tiap malam saya rindukan awak......Saya tahu awak juga rindukan saya, sebab itulah saya menitiskan air mata.......Awak, saya yakin awak buat keputusan ini atas sebab-sebab tertentu.........Saya tidak mahu memaksa awak...........Saya pasti jika awak memang takdir saya, jodoh ketentuan saya, awak akan kembali ke pangkuan saya.........Saya akan terus menunggu awak.........

Sayang, walaupun saya mungkin sudah tiada ertinya dimata awak, tidak penting dalam hidup awak, tidak lagi bertakhta hati awak........Saya tahu, jauh disudut hati awak, awak sangat mencintai saya........Saya dapat merasainya........Saya mahu awak tahu, walaupun ujian ini menimpa kita, setiap saat saya bertemankan awak.....Awak tahu kenapa??? Kerana dalam hidup saya kini ADA BAYANGMU............

Sunday 29 April 2012

Musnah dalam Cintamu

Kau yakin jika aku mampu hidup tanpa kau berminggu-minggu, semestinya aku boleh hidup tanpa kau selama-lamanya...................Aku tahu bukan niat mu untuk mempermainkan aku atau mencuri masa aku..........Tetapi sebenarnya kau mencuri masa untuk kau berfikir.........."Sampai disini sahaja cinta kita"..........Aku tidak akan bertanya mengapa kau putuskan hubungan ini, tapi cukup sekadar aku tahu kau tidak menduakan aku..............

Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk mu...........Namun, inikah balasan untuk cinta yang aku telah curahkan pada mu???? Sumpah, aku tidak tahu dan tidak mahu tahu kenapa kau membuat keputusan untuk meninggalkan aku................Aku tahu darjat kita berbeza, taraf tidak sama............Budaya tidak serupa, didikan agama jauh hasilnya...............

Jika suatu hari nanti, kau terbaca coretan aku ini.............Aku mahu kau tahu bahawa AKU SANGAT MEMBENCI DIRI AKU KERANA TELAH MENCINTAIMU.............Namun, AKU TETAP MENCINTAIMU WALAU PUN KAU TELAH MENINGGALKAN AKU.....................AKU TAHU DAN YAKIN, SUATU HARI NANTI KAU PASTI AKAN KEMBALI................

Sayangku, ketahuilah bahawa jika kau mendengar cerita-cerita buruk tentang aku, itu hanyalah kisah lalu aku semata-mata, mungkin juga fitnah yang dibuat-buat............Ketahuilah bahawa jika kau menilai aku buruk dimatamu, itu hanyalah sikap dan sifat aku yang tidak boleh ditutup sementara, mungkin juga kau tersalah erti akan perlakuan aku............Ketahuilah bahawa jika kau tidak mampu menerima cinta aku, itu hanyalah ujian untuk aku semata-mata, mungkin juga kau tersalah tafsir perasaan aku padamu............

Sayangku, aku telah menetapkan hati aku untuk menunggu kehadiran mu dalam hidup aku, sekali lagi...........Aku mahu kau tahu bahawa aku sangat mencintai mu.............Sedalam-dalamnya hati aku...........

Sayangku, tahukah kau, saban malam aku hanya mampu melelapkan mata setelah mendengar berulang-ulang kali suaramu yang telah aku rakamkan semasa kita berbual???? Aku pasti, kau tidak tahu tentang ini............Kerana hanya aku yang tahu, cuma rakaman suara itu mampu membuatkan aku lena dibuat oleh mu...............

Sayangku, usahlah kau risau...........Aku masih bernafas dan mampu tersenyum dengan kehadiran anak angkat aku disisi, mengukir senyuman diwajah aku.............Suatu saat nanti, ketika aku menghembuskan nafas terakhir kerana sakit yang aku alami, aku akan pastikan keluarga aku akan menyampaikan khabar kepada kau dan rakan-rakan...................Agar bisa kau tatapi wajah aku untuk terakhir kali, namun bukan untuk menangisi perbuatan kau terhadap aku..............

Sayangku, hanya kau yang bertakhta di hati aku.........Hanya kau putera dan raja hidup aku................
Namun, AKU TELAH MUSNAH DALAM CINTA MU....................

Sunday 15 April 2012

Siapa Miliki Hatiku?

Sudah 2 minggu si dia kembali ke tanah air.........Berbunga hati aku hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.......Saat mendapat perkhabaran dia akan pulang, sungguh aku merasa gembira........Namun, aku sedih kerana dia akan terus berangkat pulang ke rumah tanpa berpeluang untuk menjamu selera dirumah keluarga aku........
Malang nasib aku, 2 hari sebelum mereka tiba di Malaysia, aku telah terlibat dalam kemalangan.........Salah aku juga, tidak mahir mengawal motorsikal semasa menuruni bukit dikawasan perumahan aku........Mujur aku tidak melanggar kanak-kanak mahupun kenderaan lain............Motorsikal yang aku tunggangi telah bergesel dengan divider, aku dan Apit telah jatuh ke dalam longkang........Syukur Alhamdulillah Apit hanya luka-luka kecil........Cuma aku telah mengalami luka agak parah dan patah tulang selangka kiri.........dan dikejarkan ke hospital......
36 jam selepas kemalangan, aku sempat bertemu dengan kekasih hati ku, tunang yang amat dirindui..........Meski dalam keadaan sakit, aku gagahkan jua kaki melangkah untuk bertemu dengan dia dan rakan-rakan di lapangan terbang..........Terbit rasa gembira dihati, diusik oleh teman-teman dek kehadiranku di sana bertemu mereka..........Tidak terasa sakit yang dialami bila insan-insan tersayang ada disisi.........Tambahan pula, aku ke sana ditemani ibu bapa dan adik.........
2 hari berlalu, aku tidak menghubungi dia............Tipu seandainya aku mengatakan aku tidak merinduinya..........Namun, aku lakukan semua ini untuk membuktikan aku seorang gadis yang kuat........Aku mampu melalui hari-hari tanpa dia.........aku mahu dia tahu, DIA SUMBER KEKUATAN AKU........
Tadi, seorang lelaki telah menghubungi aku......Kawan lama yang pernah dahulu rajin menghubungi aku semasa aku masih tinggal di hostel kolej........Dia mencari aku, aku yang sekian lama menghilangkan diri.........Setelah dipertimbang, aku telah katakan padanya bahawa orang yang dicari telah meninggal dunia 3 bulan lalu.........Itulah waktu aku telah mati dan dilahirkan semula...........Bukan niat aku untuk menipu, tetapi aku tidak mahu memberi harapan kepada sesiapapun........Biarlah aku hidup sebagai seorang insan yang baru.......aku tidak mampu menolak permintaan tetapi aku masih boleh berkata-kata untuk menyampaikan..........Jika ini yang terbaik, biarlah........
Awak, maafkan saya ya.......Ya Allah, Kau ampunilah dosa aku........
Abang, nurul sayang abang sangat-sangat........Nurul tidak mahu kehilangan abang......Hanya abang yang nurul cintai.......
Hatiku hanya milikmu sayang.........

Thursday 9 February 2012

Prince Zulkarnain & Princess Nurul

Sudah 20 hari aku bergelar tunangan kepada seorang lelaki yang dipelihara dengan sebaiknya oleh ALLAH SWT........Terdidik akhlak dan peribadi aku bilamana dia menegur setiap kekhilafan dalam tingkahlaku aku........Terasa seperti aku dijaga dengan sebaiknya demi kebahagiaan dunia Dan akhirat...........Sungguh aku ingin segera menikahi dia, namun apalah daya memandangkan aku masih menuntut di institusi pengajian tinggi..........Manakala dia pula bakal menamatkan pengajian peringkat diploma beberapa bulan setelah kembali daripada Coimbatore, India.........Masing-masing berniat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah........InsyaAllah kami berpeluang untuk melanjutkan pengajian di universiti yang sama.........Mungkin setelah berkerjaya, barulah mahligai cinta kami akan terbina dengan kukuh...........Ya, itulah yang kami harapkan....Mengejar redha Illahi demi kesenangan dunia dan akhirat.........Banyak sudah yang kami rencanakan bersama, sebermula dari cara untuk berkenalan dengan keluarga masing-masing sehinggalah ke tahap merancang keluarga........Aku senang sekali berbicara dengannya.........Usia kami tidaklah jauh berbeza.........Namun jauh disudut hati, aku tahu aku bahagia didampingi dia.......Mungkin dia turut merasakan yang sama........Kerana cinta kami wujud kerana-Nya...........Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah, Kau telah menghadirkan seorang insan yang sangat terpelihara akhlaknya untuk membimbing aku ke jalan-Mu...........Semoga hubungan ini kekal hingga ke akhirat dan dijaga dengan sebaiknya.........Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati kedua ibu bapa kami agar merestui hubungan kami ini...........Kau jauhkanlah kami dari bisikan serta godaan syaitan...........Sesungguhnya kami ingin memelihara hubungan kami agar ianya berlandaskan agama Islam.........Moga terpelihara hubungan ini sehingga ke jinjang pelamin dan kami bahagia sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.............Biarlah maut yang memisahkan jodoh kami.................Aku sudah tidak sanggup lagi terluka kerana cinta duniawi............Begitu juga dengan dia............Semoga bahagia aku dengannya.....Sayang abang sangat-sangat..........Sampai bila-bila..............Selamanya.....................

Sunday 5 February 2012

Terakhir Kalinya Bertemu Kamu

Semalam, sungguh tidak aku duga dia akan menghantar pesanan kepada aku dan mengajak aku keluar ke bandar..........Acap kali aku terluka dek perbuatan dan perlakuan dia namun entah kenapa begitu sulit dan sukar untuk aku melupakannya...........Inikah yang dinamakan cinta buta?? Sekadar cinta monyet antara kau dan aku, sudahlah..........Sudah penat aku berkata-kata dan merayu...........Mungkin kau bukan yang terbaik untuk aku.......Aku gagahkan jua diri untuk keluar bertemu kau........Aku bawa bersama singlet yang pernah kau pinjamkan kepada aku dulu.........Saat yang dilalui memang tidak terguris sehinggalah aku hilang sabar terhadap sikap kau........Aku tuntut penjelasan yang sejelasnya........Kata kau, aku tidak berubah dan kau tidak suka dengan perwatakan dan sikap aku.............Kenapa mesti kau terima aku semula untuk kedua kalinya????? Sekadar untuk menyakiti hati yang kecil ini???? Usahlah..........Aku sudah rebah ke bumi saat kau mempermainkan perasaan aku dulunya........
Tidak perlu kau bercinta tiga segi dengan harapan aku akan berubah..........Kau tidak cukup kenal aku lagi, Syiah.........Aku bukan manusia yang gampang berubah kerana orang lain.........Aku berubah HANYA KERANA ALLAH SWT...............Bukan kerana kau..............Aku pernah berkata, aku akan memulangkan baju kau yang pernah kau pinjamkan dulu.............Puas hati aku setelah melemparkan baju itu pada wajah kau..........Melepaskan geram yang masih tersisa dan terbuku.................
Ingat, itu kali terakhir aku bertemu dan bercakap dengan kau.......Tiada lagi yang kedua..........Anggap sahaja kau tidak pernah mengenali aku........Dan aku akan anggap kau mimpi ngeri aku........Aku sudah bahagia bersama tunang aku sekarang ini..........Jadi biarkan aku bahagia dengan hidup aku, membina mahligai cinta bersama.....Mahligai Cinta kerana ALLAH SWT.........aminn